Welcome to Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia   Click to listen highlighted text! Welcome to Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia Powered By GSpeech

Xpert Slider

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

PERMOHONAN JAWATAN

Permohonan Jawatan di bawah pelantikan SPP adalah melalui JobsMalaysia.

Selamat Datang

"Pada 1 Januari 1974, SPP yang bertindak sebagai badan bebas telah ditubuhkan mengikut Perkara 141A(1) Perlembagaan Persekutuan"

Logo + W3C etc

A- A A+
blue color green color red color yellow color
logospp

Home

home

social+webmail+languange_copy (2)

Menu Web Personalization (3)

ePROPER

eProper2

Semakan
Atas Talian

atastalian2

Pemohon
Pekerjaan

pemohonpekerjaan2

Penjawat
Awam

penjawatawam2

Orang
Awam

orangawam2

Warga
SPP

wargaspp2

Penetapan Gaji Permulaan


Laman Utama > Penjawat Awam > Penetapan Gaji Permulaan


PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 menetapkan bahawa:

Suruhanjaya hendaklah menentukan gaji permulaan seseorang pegawai. Jika seseorang pegawai yang akan dilantik bagi kali pertama memiliki pengalaman yang relevan dengan jawatan yang akan disandangnya, pegawai itu boleh diberikan gaji permulaan yang lebih tinggi berdasarkan satu pergerakan gaji biasa bagi tiap-tiap genap satu tahu npengalaman itu. Pengalaman yang dianggap relevan bagi seseorang pegawai dalam Kumpulan Profesional dan Pengurusan ialah pengalaman yang diperoleh selepas pegawai itu mendapat kelayakan profesional atau akademik sebagaimana yang ditentukan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

  1. Bagi menentukan gaji permulaan seseorang pegawai yang belum disahkan yang kemudiaannya dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain; dan
  2. Bagi menentukan gaji permulaan seseorang pegawai yang dilantik semula setelah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja.

Jika seseorang pegawai yang telah disahkan kemudiannya dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain, gaji permulaan pegawai itu hendaklah pada suatu mata gaji yang lebih tinggi sebagaimana yang hendaklah ditentukan oleh Suruhanjaya. Suruhanjaya boleh menentukan bahawa gaji permulaan bagi seseorang calon atau pegawai yang dilantik adalah pada mana-mana mata gaji bagi sesuatu jawatan tertentu setelah mengambil kira:

  1. Kelayakan khas atau bakat calon atau pegawai yang dilantik itu; atau
  2. Hal keadaan khas yang berhubung dengan pelantikan calon atau pegawai yang dilantik itu.

Anggota yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan kemudiaannya dilantik ke skim perkhidmatan yang lain boleh ditawarkan gaji permulaan yang lebih tinggi berhampiran di Peringkat gaji P1 dalam Jadual Gaji Matriks jawatan baru. Jika perbezaan tersebut kurang daripada satu pergerakan gaji biasa di gred jawatan sebelumnya, maka gajinya boleh ditetapkan pada satu lagi matagaji lebih tinggi berhampiran Peringkat gaji P1 dalam Jadual Gaji Matriks jawatan baru itu.

Pemberian Hadiah Kenaikan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 Yang Dilantik Dari Kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.

Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 2007, kerajaan telah membuat ketetapan untuk memberikan Hadiah Kenaikan Gaji kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 yang dilantik dari kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA29, DGA32, DGA34 dan DGA38.

Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech