Welcome to Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia   Click to listen highlighted text! Welcome to Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia Powered By GSpeech

Xpert Slider

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

PERMOHONAN JAWATAN

Permohonan Jawatan di bawah pelantikan SPP adalah melalui JobsMalaysia.

Selamat Datang

"Pada 1 Januari 1974, SPP yang bertindak sebagai badan bebas telah ditubuhkan mengikut Perkara 141A(1) Perlembagaan Persekutuan"

Logo + W3C etc

A- A A+
blue color green color red color yellow color
logospp

Home

home

social+webmail+languange_copy (2)

Menu Web Personalization (3)

ePROPER

eProper2

Semakan
Atas Talian

atastalian2

Pemohon
Pekerjaan

pemohonpekerjaan2

Penjawat
Awam

penjawatawam2

Orang
Awam

orangawam2

Warga
SPP

wargaspp2


Laman Utama > Soalan Lazim


SOALAN LAZIM

PERMOHONAN JAWATAN
BILSOALANJAWAPAN
1. Apakah jawatan yang boleh saya pohon di SPP? 1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
    2. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
    3.

Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk berkhidmat di mana-mana agensi di bawah KPM iaitu jawatan berikut:

i. Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N17;

ii. Penyelia Asrama Gred N17 ;

iii. Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 ;

iv.  Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 ;

v.  Pembantu Makmal Gred C17 ;

vi.  Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 ;

vii.  Pembantu Operasi Gred N11 ; dan

viii. Pemandu Kenderaan Gred H11

2. Bilakah dan bagaimanakah saya boleh memohon jawatan tersebut?   Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan secara sepanjang masa . Permohonan boleh dikemukakan melalui portal JobsMalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my.
3. Kenapa permohonan saya ditolak? Permohonan ditolak mungkin disebabkan sekurang-kurangnya salah satu dari perkara yang berikut:
    1. tidak mengisi dengan sempurna semua ruangan yang diwajibkan (mandatori);
    2. tidak memenuhi syarat lantikan skim perkhidmatan jawatan yang dipohon.
4. Saya merupakan PPP Gred DG29, DG32, DG34, dan DG38 di bawah KPM yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda. Bolehkah saya memohon untuk pelantikan ke jawatan PPP Gred DG41? Mulai tahun 1 Januari 2014, SPP hanya menguruskan pelantikan pertama kali dalam perkhidmatan, sama ada ke jawatan PPP gred DG29 atau PPP Gred DG41. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat sebagai PPP Gred DG29, DG32, DG34, dan DG38 tidak lagi di peruntukan pelantikan ke DG41. Sebaliknya Pegawai boleh memohon untuk dinaikkan pangkat ke Gred DG42 yang dikendalikan oleh pihak KPM.
5. Saya pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan awam tetapi ingin berkhidmat semula. Bagaimanakan caranya saya mengemukakan permohonan? Seseorang yang telah meletakkan jawatan boleh dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam. Permohonan boleh dibuat seperti permohonan calon biasa.
TEMU DUGA
1. Bilakah saya akan dipanggil temu duga 1.

Bagi jawatan PPP, temu duga akan dilaksanakan sebaik sahaja maklumat kekosongan jawatan mengikut opsyen diterima daripada KPM. Pemakluman bagi urusan panggilan temu duga akan dibuat melalui portal SPP. Calon boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP. Calon juga dinasihatkan untuk menghubungi SPP sekiranya berlaku pertukaran tempat bertugas untuk tujuan pengemaskinian.

    2. Bagi calon PPPT dan AKP, temu duga akan dilaksanakan sebaik sahaja maklumat kekosongan jawatan diterima daripada KPTM dan KPM. Walau bagaimanapun, panggilan temu duga bagi jawatan PPPT akan dibuat mengikut kekosongan bidang pengkhususan dan gred jawatan. Calon akan menerima surat rasmi panggilan temu duga dan juga boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP.
2. Bolehkah saya menukar tempat temu duga kerana saya telah berjauhan daripada pusat temu duga yang dipilih semasa membuat permohonan jawatan? 1.

Pertukaran tempat temu duga dibenarkan kepada calon PPP yang telah bertukar daripada pusat temu duga yang dipilih sewaktu dipanggil temu duga dengan syarat terdapat temu duga bagi opsyen yang sama dilaksanakan di negeri calon berada sekarang. Walau bagaimanapun, calon dikehendaki memaklumkan terlebih dahulu kepada Suruhanjaya secara bertulis sebaik sahaja mengetahui pemakluman temu duga dan calon disyaratkan membawa dokumen berikut semasa hadir temu duga:

i. pemakluman temu duga;

ii. semua dokumen yang disyaratkan dalam senarai semak pemakluman temu duga; dan

iii. salinan kebenaran pertukaran pusat temu duga

    2. Bagi jawatan PPPT dan AKP, pertukaran juga dibenarkan sekiranya terdapat urusan temu duga di negeri calon bertukar dengan syarat calon memaklumkan kepada Suruhanjaya lebih awal dan tertakluk kepada bidang bagi jawatan PPPT (sekiranya tiada temu duga melibatkan bidang yang dimiliki di negeri bertukar, maka pertukaran tempat temu duga tidak dapat dilakukan)
3. Sekiranya saya hilang salah satu sijil asal, apakah yang perlu saya lakukan? Calon dikehendaki mendapatkan semula sijil asal tersebut ataupun surat pengesahan dari pihak yang mengeluarkan.
4. Apakah salinan fotostat sijil yang telah disahkan boleh diterima pakai menggantikan sijil asal yang hilang untuk urusan temu duga? Tidak boleh, calon dikehendaki mendapatkan semula sijil asal tersebut ataupun surat pengesahan dari pihak yang mengeluarkan sijil tersebut.
5.

Apakah persedian yang perlu saya buat untuk menghadiri temu duga?

Antara persediaan yang perlu dilakukan:

    1. Pastikan semua dokumen asal yang diminta di dalam senarai semak pemakluman temu duga disediakan. Hanya sijil asal diterima dan calon yang gagal mengemukakan sijil asal tidak akan ditemu duga;
    2. Pastikan pakaian mematuhi kod etika pakaian penjawat awam; dan
    3. Lengkapkan diri dengan pengetahuan am dan ikhtisas
PELANTIKAN
1. Sekiranya saya Berjaya dalam temu duga, bilakah surat tawaran pelantikan akan dikeluarkan? 1. Bagi calon yang berjaya, surat tawaran pelantikan akan dikemukakan kepada KPM setelah mendapat kelulusan oleh Suruhanjaya. Surat tawaran beserta surat arahan lapor diri akan dikemukakan oleh Ketua Jabatan kepada calon yang berjaya.
2. Sekiranya saya gagal dalam temu duga, apakah yang perlu saya lakukan? 1.

Bagi jawatan PPP, Suruhanjaya telah menetapkan tatacara baharu bagi semua kategori calon yang gagal temu duga seperti yang berikut:

a) calon dimaklumkan kegagalannya; dan

b) calon boleh memohon semula selepas enam bulan dari tarikh keputusan Suruhanjaya melalui Portal SPP.

Tempoh enam bulan diberikan oleh Suruhanjaya untuk memohon semula bertujuan memberi peluang kepada calon memperbaiki kelemahan diri.

    2.

Bagi jawatan PPPT dan AKP, calon dikehendaki mengemukakan semula permohonan sekiranya gagal temu duga.

3. Bagaimanakah penetapan tarikh pelantikan saya dibuat? 1. Bagi jawatan PPP, tarikh pelantikan adalah tarikh penempatan atau tarikh lapor diri bertugas mengikut tarikh mana yang terkemudian.
    2. Bagi jawatan PPPT dan AKP, tarikh pelantikan adalah berdasarkan tarikh lapor diri bertugas.
4. Sekiranya saya berjaya dalam temu duga, di manakah saya akan ditempatkan? Penempatan tempat bertugas adalah terletak di bawah bidang kuasa Ketua Jabatan. Calon mungkin ditempatkan bertugas sama ada di Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Politeknik, Kolej Komuniti atau di bahagian-bahagian di KPM sendiri.
5.

Bagaimanakah sekiranya saya mengandung dan tidak boleh melakukan x-ray?

Bagi calon yang sedang mengandung, pemeriksaan x-ray boleh dilakukan setelah kandungan dilahirkan. Sehubungan dengan itu, calon diminta memastikan pegawai perubatan membuat pengesahan di dalam laporan perubatan bahawa calon sedang mengandung. Laporan pemeriksaan x-ray tersebut boleh dikemukakan selepas calon selamat bersalin.
6.

Bolehkah pemeriksaan perubatan dibuat di klinik/hospital swasta?

Boleh asalkan pemeriksaan perubatan tersebut dilakukan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar.

7. Bagaimanakah saya melaksanakan tapisan keselamatan? Calon boleh memuat turun borang tapisan keselamatan di Portal Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan dan mengemukakan borang yang telah lengkap diisi sebagaimana panduan yang dinyatakan dalam borang tersebut
8. Perlukah saya menghantar Surat Aku Janji kepada Suruhanjaya? Pegawai yang baru ditawarkan jawatan dalam perkhidmatan awam perlu menjalani Aku Janji semasa melapor diri bertugas. Surat Aku Janji hendaklah dibuat dalam dua salinan di hadapan ketua jabatan, satu salinan hendaklah dikemukakan ke SPP bersama dengan dokumen setuju terima tawaran yang lain manakala satu salinan hendaklah disimpan oleh calon. Surat Aku Janji hendaklah direkod dalam kenyataan perkhidmatan.
9. Bagaimanakan penetapan gaji permulaan saya dibuat?

Penetapan gaji permulaan dibuat:

    1.

mengikut kelayakan akademik sebagaimana ditetapkan dalam skim perkhidmatan;

    2.

bagi calon yang sedang berkhidmat tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan tersebut, maka gaji permulaan akan ditetapkan pada mata gaji yang lebih tinggi dan paling hampir yang perbezaannya tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa atau amaun yang bersamaan dengan pergerakan gaji biasa dalam gred atau jawatan terdahulu, terhad kepada mata gaji maksimum jawatan baru sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan 25(7) dan (8) dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012;

10. Saya dapati gaji yang ditawarkan kepada saya setelah dilantik lebih rendah dari elaun bulanan yang saya perolehi sewaktu saya dalam jawatan Guru Sandaran Terlatih (GST). Elaun bulanan yang diterima semasa berkhidmat sebagai GST tidak diambil pertimbangan untuk tujuan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi. Penetapan gaji yang lebih tinggi dengan mengambil kira gaji akhir di jawatan lama hanya diperuntukkan kepada pegawai dalam jawatan tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan sahaja. Walau bagaimanapun, pengalaman berkhidmat sebagai GST (iaitu dikira dari tarikh memperolehi kelayakan penuh) boleh diambil kira untuk penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi.
11. Saya dapati gaji yang ditawarkan kepada saya tidak berdasarkan kelayakan sijil/ijazah yang saya miliki. Apa yang perlu saya lakukan?

Sila kemukakan rayuan anda kepada Suruhanjaya bersama nilai taraf kelayakan sijil/ijazah tersebut yang diperolehi dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

12. Sebelum saya dilantik ke jawatan PPP/PPPT/AKP, saya telah berkhidmat tetap dengan kerajaan. Saya dapati bahawa gaji yang ditawarkan kepada saya lebih rendah daripada jawatan saya sebelum itu. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sila kemukakan rayuan kepada Suruhanjaya dan sertakan bersama surat rayuan tersebut salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini.

13. Saya memiliki kelayakan Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Sekiranya saya dilantik, adakah saya akan ditawarkan gaji yang lebih tinggi. Kelayakan Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang dimiliki
    1. diambil kira untuk tujuan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi bagi jawatan PPP sebagaimana peruntukan dalam skim perkhidmatan tertakluk kelayakan tersebut diiktiraf oleh kerajaan bagi lantikan mulai 1 Januari 2014.
    2.

diambil kira untuk tujuan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi bagi jawatan PPPT sebagaimana peruntukan dalam skim perkhidmatan tertakluk kelayakan tersebut diiktiraf oleh kerajaan.

PERKHIDMATAN
1. Bilakah saya boleh disahkan dalam perkhidmatan? Mengikut Sistem Saraan Malaysia, seseorang pegawai boleh disahkan ke dalam perkhidmatan setelah menjalani tempoh percubaan selama satu hingga tiga tahun dan memenuhi syarat-syarat pengesahan perkhidmatan seperti yang telah ditetapkan di dalam surat tawaran (termasuk lulus peperiksaan perkhidmatan sebagaimana ditetapkan oleh ketua jabatan sekiranya ada dan tapisan keselamatan).
2. Apakah syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan?

i. Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara satu hingga tiga tahun;

ii. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/ Program Transformasi Minda;

iii. Lulus peperiksaan perkhidmatan (bagi AKP); dan

iv. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

3. Apakah dokumen yang diperlukan untuk pengesahan dalam perkhidmatan?

Perakuan lengkap urusan PDP ialah:

i. Borang Permohonan PDP Pegawai (SPP/K/002) - (Lampiran I Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013);

ii. Borang Perakuan PDP - Jadual Ketiga (Lampiran II atau Lampiran III Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013);

iii. Borang Opsyen KWSP - Jadual Kelima (Lampiran IV atau Lampiran V Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013);

iii. Salinan Keputusan Kursus Induksi/ Program Transformasi Minda/ Pengecualian Kursus Induksi;

iv. Salinan Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan (bagi AKP); dan

v. Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran Kelakuan) yang kemas kini/ teratur dan disahkan.

4. Apa yang perlu dilakukan sekiranya belum disahkan dalam perkhidmatan?

Ketua Jabatan bagi anggota yang tidak dapat disahkan dalam perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah mengemukakan permohonan bagi Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) anggota kepada SPP dalam tempoh 7 hari sebaik sahaja tamat tempoh percubaan maksimum atau genap 36 bulan perkhidmatan (Perenggan 9 Pekeliling SPP Bil. 3 Tahun 2013).

5. Siapakah yang layak menerima pemberian taraf berpencen (PTB) Seseorang pegawai layak diberi taraf berpencen sekiranya tidak memilih skim KWSP, telah disahkan dalam perkhidmatan dan genap tempoh 3 tahun perkhidmatan yang boleh diambil kira. Secara umumnya, tarikh PTB ditetapkan pada satu hari bulan pada bulan berikutnya selepas SPP menerima perakuan lengkap daripada Ketua Jabatan.
6. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memproses (PTB)

i. Borang Permohonan PTB Pegawai (SPP/K/003) - (Lampiran VI Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013);

ii. Borang Perakuan PTB - Jadual Keenam (Lampiran VII atau Lampiran VIII Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013); dan

iii. Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran Kelakuan) yang kemas kini/ teratur dan disahkan.

LAIN-LAIN
1.

Bolehkan saya memohon kepada Suruhanjaya untuk bertukar tempat bertugas?

Permohonan pertukaran tempat bertugas adalah di bawah bidang kuasa KPM (contohnya Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Bahagian Pendidikan Islam) mengikut yang mana berkaitan.

2. Bagaimanakah caranya untuk saya memohon mengikuti kursus perguruan?

Permohonan untuk mengikuti kursus perguruan adalah di bawah bidang kuasa rektor IPGM, KPM. Sila rujuk bahagian berkenaan untuk maklumat lanjut.

Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech